Wednesday 8 August 2012

Ramadhan 19


Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, 
"Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)."

Assalammualaikum W.B.T , Selamat Pagi, & Salam 1 Malaysia buat semua pembaca.

Hari ni nk cerita siket pasal someone yg tolong bacakan juzuk al-Quran untuk diri yg mengidamkan khatam pagi Syawal kali ini. Ikutkan hati nk sendiri baca habiskan semua tp hakikatnya x mampu sebabkan kesibukan yang melanda diri Ramadhan kali ini. MasyaAllah, Allah telah tentukan dan atur jadual untuk saya. 
Terima Kasih Ya Allah, rezeki Ramadhan begitu besar buat umatmu. 

Alhamdulillah, Allah pertemukan lagi kita pada 19 Ramadhan. Ya Allah, kuatkanlah azam dan istiqamahkanlah diriku dalam melakukan amal kepada-MU ya Allah. Permudahkanlah segala urusanku, Murahkanlah rezekiku dan selamatkanlah umatmu di atas muka bumiMU ini Ya Allah. 
Sesungguhnya aku ingin dipertemukan pada malam lailatul qadar. Malam yang lebih baik dari segala malam ya Allah. 

Insyaallah, entri kali ini hamba ingin menyuarakan  kpd teman2 hal kerinduan pada keluarga yang jauh nun di Bawah Bayu. 

P/S: Perkara di atas adalah dirujuk buat pengetahuan tuan-tuan & puan-puan sekalian. 

(he he he)

Dah macam surat da ni. Ehem, tengah belajar how to do formal letter la tadi kat kelas. Tu yang sampai terbawa2 ke sini. Makk aii, hihi. ok2. Jom sambung.


Keluuargaku yang jauh,
Tak sabar rasanya hendak menjejakkan kaki di negeri tanah tumpahnya darahku
Negeri yang dikhabarkan negeri termiskin dalam negara 
Tapi terkaya dengan sumber alam dan bahan mentah
Bukan soalkan kemana perginya itu semua
tapi sekadar pembuka bicara buat semua pembaca.

Keluargaku yang jauh,
Ingin sekali aku bangun sahur bersama
terutama dalam bulan yang lebih baik dari bulan-bulan yang lain ini
Ingin sekali aku berbuka puasa bersama
dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Ya Allah.............................................. :'(

Antara komitmen dan keluarga,
Apa yang utama dan apa yang pertama?
Bukan kah utama dan pertama itu sama?
Di mana adilnya aku dalam memerintah diri ini.... ?
Atau aku tak reti aturkan jadual semasa?
Takwim diri untuk diri, diri untuk keluarga, diri untuk kerja....
Di mana diriku sebenar?
Adakah nilai keluarga dah luntur ?
Ke mana dan di mana?

Ya Allah, 
Apa pun yang terjadi aku tetap bersyukur pada-Mu
Aku tetap menyukuri nikmat berpuasa yang telah engkau berikan
Peluang Ramadhan tahun ini yang begitu banyak cabaran dan dugaan yang telah engkau susun untukku dan keluargaku
Pemergian nenda tersayang sebelum sempat aku temui Syawal kali ini
Namun engkau telah aturkan segalanya....
Aku tidak mampu melawan ketentuan dan kadar yang telah engkau bataskan untukku
.....
Alhamdulillah aku bersyukur engkau tetap ada bersamaku walau dimana aku berada
Aku percaya engkau jaga ibuku.....
Percaya engkau kasihkan ayahku....
adik-adikku.......... Keluargaku...
Guruku........
Rakan - rakanku.....
Saudaraku........
Percaya engkau adil buat hambaMU
Aku bersyukur.

Walau Laut China Selatan memisahkan 
Namun kami tetap berada di bumi yang sama.
Bumi Malaysia yang bertuah :')



U.S.Arryennah :))