Assalammualaikum dan selamat kembali kpd smua kwn2. Sudah lama x menulis blog dan mudah-mudahan tahun 2013, dah x malas2 lagi dengan menulis blog or update2 kan. Hee. Hope so!
Okeyh, hari ini mahu cerita pasal hari first kuliah . Sbnrnya kemarin lagi start persekolahan tp maklumlah dah Degree, so kena lah ada orentasi siket. Ingatkan orentasi banyak, siket jak. Sehari jak pun. :P bluekk! Tu pun bukanlah teruk sangat. Dengar ceramah siket pasal ko-kurikulum, then dengar lagi pasal taklimat praktikum dan sbgainya. Ramai lah kawan-kawan yang masih tak balik ke IB lagi sbb mybe diorg pun sm macam sy yg ingatkan hari persekolahan start 3 jan. Ok, tadi kami kuliah dan pensyarah first masuk ialah pensyarah yg belum pernah mengajar kami. Namanya Ustazah Aziah bt Mohd Jesan. Dia ajar subjek TITAS. Yeah! memang best dan sy harap sy dapat fokus lebih tahun 2013 ni.
A z a m ?
Azam sy tahun ini semoga sy lebih istiqamah dalam menjalankan ibadah ALLAH dan seruan serta meninggalkan larangan-NYA.
Banyak minum air kosong sebab cuaca dan suhu yang semakin meningkat.
Kurangkan perbelanjaan yang hanya meluruh ke arah kemahuan dan bukan keperlua. Pendek kata, berjimat lah kan sesuai dengan aspirasi negara menyuruh rakyat untuk tidak boros dan berjimat cermat. :)
Pentadbiran diri lebih sistematik dan teratur dalam menulis nota, susun fail, kerja kursus, dan apa2 sahaja yang saya buat kena buat bersungguh-sungguh kerana setiap masa dan action itu tidak dapat diulang semula. Hanya pada masa itu dan hasilnya hanya sekali keluar. Tidak ada lain melainkan pada suatu masa akan datang.
Dasar di dalam kelas, saya memilih untuk tidak banyak bercakap dan fokus.
Tulisan bagi kemas. tak la cantik. at least kemas la. :)
Jogging . Jogging . Jogging .
Pemakanan x sama setiap hari. :)
Haaa! Mcm tu la kiranya azam sy pada tahun ini. Tapi sebenarnya semua orang pun nakkan yang terbaik kan? Semua kalau tanya azam ni, mesti smua pun cari azam yang the best sbb the best tu bukan untuk orang lain. Tapi untuk diri sendiri kan? :) Hmmm, okeyh la, sampai sini sahaja N3 kali ini. Semoga bertemu di lain post. :)
Seburuk manapun masa lalumu, ingatlah setiap hari baru adalah kesempatan buatmu untuk mulakan langkah yang baru.. ♥
Ikhlas dari saya :
Selamat tahun 2013. Salam 1434 Hijrah buat semua.
No comments:
Post a Comment