Saturday 13 July 2013

Salam 3 pagi

Assalammualaikum w.b.t

Salam 4  Ramadhan buat semua pembaca.

Kali ni entri dibuat bertarikh 13.7.13.

Dah mcm letter head blog plk da. Sebenarnya hari ni nak buat entri pasal majlis Ihya Ramadhan yang berlangsung pada hari Khamis yg lepas. Program yg berlangsung selama hampir 3 jam tetapi pengisian Ihya Ramadhan hanya 30 minit. Lagi 2 jam 30 minit diperuntukkan untuk Majlis Penutupan Minggu Teknologi Maklumat dan Ceramah dari pihak Permodalan Nasional Berhad berkaitan dengan bagaimana mengurus wang dengan baik. Lps tu we all adalah kuiz even langsung saya tak tahu apa benda yg disoal. Jawab aja la.

Berkaitan dengan pengisian yg diceramahkan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofree itu in shaa Allah, sampai waktunya akan saya jadikan entri khas Julai.

Hari ni fokus kepada "Sentuhan Tarbiyah". 

Bagaimana tercetusnya idea nk post pasal ni? 
Ada seorang teman yg menaikkan status di FB berkaitan maksud Tarbiyah ni so berdasarkan pembacaan di Encik Google adalah sediakan bnyk berkaitan tajuk yg hendak saya touch kali ni. CC to kakak Atiqah sbb perkongsian di FB sehinggakan saya nak tahu lebih. Kalau tak, x da nk selongkar2 gugel. 

Suka saya mulakan entri kali ni dengan mengenakan maksud sebenar Tarbiyah.

Bahasa Arab : Pendidikan, sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobi. (Tarbiyah asal dari perkataan Bahasa Arab)
(sumber: wikipedia)

Etimologi (Ilmu) : 3 benda penting
1. Rabaa-yarbuu yg bermakna namaa-yanmuu, artinya berkembang.
2. Rabiya-yarbaa yg bermakna nasya-a, tara’ra-a, artinya tumbuh.
3. Rabba-yarubbu yg bermakna aslahahu, tawallaa amrahu, sasa-ahuu, wa qaama ‘alaihi, wa ra’aahu, yang artinya masing memperbaiki, mengurus, memimpin, menjaga dan memeliharanya (atau mendidik).
(sumber: wikipedia)

Makna: 
1. proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berkelanjutan, dengan tujuan akhir si anak didik tumbuh dewasa dan hidup mandiri di tengah masyarakat.
2. kegiatan yg disertai dengan penuh kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak, dan menyenangkan (tidak membosankan).
3. menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat Allah SWT
(sumber: wikipedia)

________________________________________________________________________

Faham tak faham makna? Tak faham g buka wiki siket pg tengok2 baca kat situ.


Berapa ramai dalam kalangan kita pernah mendapat sentuhan tarbiyyah?
Dan berapa ramaikah pula dalam kalangan kita yang benar-benar menghargai nilai sebuah tarbiyyah?
Sungguh indah perancangan serta takdir Allah SWT. 

Kalau dulu, kitalah insan yang tak tahu malu. Dedah aib sendiri di sana sini. Tanpa segan silu. Malah berasa bangga. 

Kalau dulu, kitalah 'hero' dan 'heroin'. Tanpa segan silu kita sebagai 'hero' dan 'heroin' sentiasa berkepit. Di mana-mana perlu sentiasa bersama. Sukar untuk dipisahkan.

Kalau dulu, kitalah manusia yang paling 'gembira'. Ketawa sentiasa mengiring kita bersama. Entah pernah teringat mati ataupun tidak.

Itu dulu. Saat tarbiyyah itu belum kita kenal.
Apabila tarbiyyah menyentuh jiwa segalanya berubah.
Mungkin sekelip mata. Mungkin berkelip-kelip mata.

Dulu, kitalah juara membuka aurat atau aib. Tapi saat tarbiyyah menyentuh jiwa kitalah juara muslim soleh /muslimah solehah yang mementingkan penjagaan aurat ataupun aib.

Dulu, kitalah juara hero dan heroin ideal. Tapi saat tarbiyyah menyentuh jiwa kitalah juara teladan hamba yang mencintai Kekasihnya setulus hati.

Dulu, kitalah juara 'raja lawak'. Tapi saat tarbiyyah menyentuh jiwa kitalah juara insan yang sentiasa rungsing dengan keadaan umat dan punyai jiwa mencintai umat ini kerana Allah.

Itulah penangan tarbiyyah!

Tapi, tidak semua yang pernah kenali tarbiyyah itu akan berusaha untuk merasai dan menghargai nikmat tarbiyyah yang Allah berikan.
Sehinggakan, kita kembali kepada diri kita yang asal. Kembali kepada diri kita yang jahil. Kembali kepada diri kita yang suka bermaksiat.

Kenapa boleh terjadi sedemikian?
Boleh jadi niat kita tidak betul.
Boleh jadi kita berubah bukan kerana Allah.
Boleh jadi kita berubah kerana kawan-kawan.
Boleh jadi kita berubah kerana ibu bapa semata-mata.
Boleh jadi kita berubah kerana niat 'dunia' kita semata-mata.

Duhai diri,
Duhai sahabatku.

Jika kalian pernah mengalami saat-saat ditarbiyyah,
tolonglah hargai kurniaan Allah tersebut. Bersyukurlah Allah memilih kita untuk ditarbiyyah. Sekali kita ditarbiyyah, selamanya simpanlah azam, simpanlah niat untuk terus berada dalam jalan tarbiyyah. Jangan pandang ke belakang semula! Kita tak tahu sama ada Allah akan sentiasa memberikan hidayah-Nya kepada kita. Dan jangan pernah terdetik dalam hati kita, jangan pernah terfikir dalam fikiran kita bahawa hidayah Allah itu akan datang lagi. Apakah kita yakin yang Allah akan beri hidayah buat kali kedua kepada kita? 

Masih kuingat katamu duhai sahabatku "Sekali Allah beri hidayah, sambutlah dengan segera. Apabila dah rasai hidayah tersebut, pegang dengan kuat. Jangan pernah lepaskan! Sekali kita lepaskan, kita akan rugi buat selama-lamanya. Kita takut Allah tidak akan memberikan kita peluang untuk rasai hidayah-Nya buat kali kedua. Jadi jangan terlalu yakin yang Allah akan beri kita hidayah untuk kali yang kedua. Ingat, hidayah itu perlu dicari. Bukan perlu ditunggu sahaja. Jadi, usahalah untuk terus memperbaiki diri dan ikhlaskan hati kita nak berubah kerana Allah, kerana Allah, kerana Allah."


____________________________________________________________


~Sambutlah cinta daripada Allah SWT, yakni Kekasih Teragung kita, Pencipta hati serta diri kita.~

-Mohon bersama-sama mendoakan ibu bapa kita, adik-beradik kita, saudara mara kita, kawan-kawan kita, guru-guru kita, dan seluruh umat ini agar diberikan hidayah-Nya.-


_______________________________________________________

Salam dari IPG Bahasa Melayu KL. 
3.00 a.m, 13.7.13

Wednesday 10 July 2013

Allahuakbar :'(

Assalammualaikum dan Selamat malam semua.

Walaupun hari ini agak terkejar2 siket masa tu tp cuba juga untuk penuhi jadual yg telah diatur semalam. 

Alhamdulillah, sebelum start apa2 cerita, Aerin nak panjatkan kesyukuran pada Allah S.W.T kerana memberi kita semua nikmat untuk sampai dan menyempurnakan puasa di bulan Ramadhan ini. 

Baiklah, Aerin nak ckp siket berkaitan dengan blog ni.

Sebenarnya, Aerin mmg tak da masa untuk setiap hari update tp bila dapat tahu ada yg personally mengaku dia sentiasa buka tiap hari rasa mcm............................................................................................

gagahi juga untuk jari jemari ni menaip.

Bukan sbb apa pun, tp hihi.... taknak dia cari blog org lain :'P 

APE! 

Tak jeles pun lah =.=

kalau kami tengah mesej atau berkakao ni msti dia jawab mcm ni "betul ni tak jeles?"

hihi.

ok, tak jeles pun. wekk.. haha. sampai ke sini merapu.

Ok, lets move to the point. Entri kali ni nak kongsi dan fokus pada hukum bagi orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat. Entri kali ini disokong oleh Ustaz Hazim sendiri dalam entri beliau 2 tahun lepas. Entri ini agak ringan bagi mereka yang mengendahkan suruhan UTAMA ALLAH S.W.T. 

Hal ini demikian kerana kita semua tahu bahawa agama itu adalah satu ajaran yang menyeluruh dan tidak harus dipilih atau dipisahkan. Sebab itu Rasulullah SAW menggambarkan ibadat solat seperti tiang agama manakala ibadat lain pula seperti atap, dinding dan sebagainya. Tentulah tidak dinamakan rumah sekiranya ada dinding tanpa tiang dan atapnya kerana ibadat itu bila sudah sempurna rukun dan syaratnya maka dikira sah tetapi tidak cukup dan belum sempurna. Maknanya ia dikira sah sahaja dan belum tentu diterima Allah SWT kerana belum ada asas dan tiangnya. 
Di mana kita boleh dirikan dinding tersebut selagi tiangnya belum ditegakkan? 

Begitulah contohnya lebih kurang apabila seseorang itu hanya berpuasa tetapi tidak bersolat dan sebagainya. Demikian juga mereka yang beriman dengan separuh dan sebahagian ajaran al-Quran dan kufur dengan sesetengah ajaran yang lain. Renungi firman Allah SWT sebagai balasan-Nya kepada mereka yang bersikap demikian iaitu firman-Nya bermaksud: "Maka tidak ada balasan kepada mereka yang berlaku demikian (beriman dengan setengah kitab dan kufur dengan setengah yang lain) selain kehinaan di dunia ini dan pada hari akhirat nanti dia akan ditolak ke dalam azab seksa yang sangat hebat dan Allah tidak pernah lupa tentang segala perbuatan kamu" (al-Baqarah ayat 85). 

Kemungkinan besar ibadat puasa tersebut tidak diterima kerana dilakukan bukan ikhlas kepada-Nya tetapi hanya sebab lain. Ini kerana sekiranya seseorang beribadat semata-mata kerana Allah, pasti solat juga dilakukannya dengan ikhlas dan tidak dapat dipisah-pisah begitu, kerana semuanya adalah kewajipan dan perintah Tuhan yang menciptakannya. Biasanya mereka yang tidak ikhlas tidak dapat berpuasa dengan baik dan sempurna, malah dia makan atau minum jika ada kesempatan di mana-mana. Sebab itu puasa ini adalah ibadat yang Allah saja dapat memberi balasan pahala kerana ianya merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya. Justeru itu, Nabi dalam hadis qudsi bersabda bermaksud:" Segala amalan manusia ini dia sendiri yang punya (boleh dilakukannya sesuka hati) melainkan puasa sahaja, yang aku punya, maka Akulah yang dapat membalas dan menilainya" HR Muslim. 

Wallahualam.

Ok, tadi sempat baca pautan dari Ustaz Hamid Syaifullah yg pernah study di Mesir. 

Adakah jatuh kafir mereka yg meninggalkan solat dengan sengaja? 

 Sebahagian menyatakan hanya jatuh kafir jika menolak kewajipan solat, dan berdosa besar meninggalkannya jika masih beriman solat itu wajib. Sedangkan ada sekelompok ulama yang lain berpegang meninggalkan solat dengan sengaja jatuh hukum sebagai kafir tidak kira seseorang itu menolak kewajipan solat atau tidak.
Tidak kiralah yang mana satu antara kedua pendapat ulama' ini. Kita mengetahui bahawa paling ringan, meninggalkan solat ada dosa yang sangat besar. 


Silap-silap lebih besar daripada berzina, minum arak dan sebagainya. Boleh jadi ia dosa yang bawah sedikit sahaja daripada syirik.
Jika membuka aurat, menyebabkan pahala puasa berkurangan, mengumpat menyebabkan pahala puasa berkurangan, berbohong menyebabkan pahala puasa berkurangan, lalu apa lagi jika meninggalkan solat. Puasa kita hanya mendapat lapar dan dahaga, dan kita menanggung dosa yang sangat besar, yang mana kita berada di sempadan antara iman dan kufur.


:'(

Terasa diri ini amat kerdil di sisi-Mu Ya Allah.

Jadikanlah Ramadhan ini akademi untuk kita melengkapkan kewajipan yang selama ini kita abaikan. 
Tidak mengapa jika selepas Isya' anda mahu pulang tidur, menonton televisyen, walau itu satu sikap yang tidak elok.
 Tetapi sangatlah tercela, jika kita berpuasa, tetapi solat wajib tidak didirikan. 
Meninggalkan solat lebih jijik daripada berzina, meliwat, minum arak, melacur, buka aurat, dating.......... 

Apakah kita mahu puasa kita sekadar lapar dan dahaga?

 Puasa apakah ini ketika mana kita malas dan lalai daripada solat. Puasa apakah ini?
Saya ingin berkongsi fatwa Shaikh al-Uthaimin. Suka diingatkan beliau berpegang bahawa kafir jika meninggalkan solat dengan sengaja. Jadi beliau menyimpulkan puasa orang yang tidak solat, tidak sah. Sifirnya mudah, amalan orang kafir, semuanya tidak sah. Teruskan membaca agar kita dapat memahami betapa besarnya dosa meninggalkan solat.



:')


Maaf rakan-rakan yg mengikuti blog ilmiah saya kerana saya mempunyai masalah log masuk ke dalam blog tersebut dan mengambil alternatif lain untuk menaikkan entri ini dalam blog yg tak seberapa cantik macam blog orang yg orang minta kena follow. 

Actually, follower sy lagi ramai dari dia.

Maaf sy buat entri plus emosi siket. sbb blog ni untuk mengasah afektif saya. wahahahha. 

last word dari saya sebelum ke 11.7.2013

SELAMAT MENGHADAPI ZAMAN UJIAN DAN FITNAH. 

Sekali lagi saya ingin memohon maaf pada semua rakan blogger, rakan se-IPG, rakan lain kampus, rakan pengikut blog sekiranya saya telah mengguris perasaan atau hati anda. 

Selagi saya tak ditegur saya anggap semua org positif pada saya. Yg baik drpd Allah, yg x baik dr saya sendiri. :)

Assalammualaikum dan salam 2 Ramadhan. 



:)

:)

:)

:)

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan



Assalammualaikum w.b.t dan Salam Ramadhan buat semua pembaca dan pengunjung blog.


Lagi tinggal berapa minit lagi, kita akan memasuki bulan Ramadhan.


Jadi, tuan tanah nak share siket berkaitan bulan yg pernuh berkat dan bulan rahmat buat semua umat Allah.



Daripada jari jemari manisku ini....


Maka, tertulis la entri ini


.


.


.


.


Ramadan akan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!


Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah telah menjanjikan kita dengan sabdanya, “Solat yang lima. Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim), 

Hati dibersihkan dari dosa dan nafsu dapat dijinakkan. Asalnya nafsu berguna untuk mengurus diri dan alam keliling. Dengan nafsu manusia sukakan kebersihan, keindahan. makan minum. dan berkeluarga hingga berkembang biak memenuhi bumi. Namun, nafsu mudah menjadi liar hingga membahayakan diri dan alam. Betapa kecantikan terjebak kepada kelucahan. Urusan makan minum menjadi perebutan harta dan takhta. Kesihatan, kekuatan dan kemudaan sering disalahgunakan hingga tergadai usia muda kerana lupa kepada Allah. 

Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim lebih teliti dalam tindak tanduknya. Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia. Berpuasa pada perut ialah tidak makan, berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat. Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah. Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah. 

rakan-rakan seagama denganku:

Nabi bersabda, “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban). 

Menurut hadith ini, orang yang berpuasa perlu kuat bersabar apabila dalam situasi genting atau bertelingkah. Disebutnya, ‘Saya berpuasa’ beberapa kali untuk mengingatkan diri agar tidak merosakkan pahala puasa. Puasa begitu penting dijadikan latihan mengubah sikap hingga Rasulullah mengingatkan kita, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan sia-sia maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari). 

Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan. 


Pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah. Alangkah gembiranya jika Ramadhan itu sepanjang tahun. Dari Abi Mas’ud Al-Ghifari r.a, katanya,’Rasulullah SAW bersabda;’Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan,nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan.’ (Riwayat Ibnu Khuzaimah). 

Rakan-rakanku, in shaa Allah marilah kita bersama-sama menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan ini. Tak tahu kita sampai lagi kah ke bulan Ramadhan tahun hadapan. 

Saya tinggalkan anda semua dengan persoalan ini. 


Mungkinkah Ramadhan kali ini Ramadhan yg terakhir buat kita atau sebaliknya? 


Wallahu'alam bishawab 


Jom ke Masjid. 

Salam ;)