Wednesday 25 February 2015

In advance: Adilkah pada dia

Muhasabah diri ini..



Dia ke hulu ke hilir

tapi kita duduk dalam pejabat dan membuat kerja

Dari utara ke selatan

Kita baca online saja

Bila sampai ke kita

kita kata ini salah

kita kata ini tak sempurna

kita kata ini bukan yang kita pinta

kita tanya pula ini dapat dari mana.

Dia meneroka

Dia menelaah

Kita tak tahu yang mana

betul atau salah

Dia dapat markah rendah.

Hanya kerana kita tak membaca



Pesan arwah datuk kepadaku dulu,

Kakak, bila jadi cikgu nanti selidik kerja murid. Kakak mungkin tak baca apa yang dia jumpa tapi murid kerjanya menyiapkan kerja rumah sahaja. Mereka banyak masa untuk teroka. Mereka juga jumpa banyak benda. Benda paling luas milik Allah dalam dunia ini salah satunya ialah ilmu. Tidak terhad, cuma pada kita sahaja beri masa atau tidak.





Aku TAKUT aku alpa. Aku takut pada masa. Kalau ini terus berlaku, mungkin aku salah seorang yang bagi markah rendah pada mereka yang tak bersalah hanya kerana aku tidak membaca.

Padahal mereka yang banyak buat kerja atas arahan yang aku minta.







Penulisan Sejarah untuk memenuhi kursus latihan perguruan




Murah rezeki Puan Raudhah daripada LPPKN cawangan Kuala Lumpur kerana antara pegawai, jabatan dan kementerian yang terlibat dalam pengurusan penulisan ini, hanya beliau yang menghormati golongan seperti saya yang masih bergelar “cik pelajar”. 


Bukan marah pada yang tak beri kerjasama tapi kalau tak dapat beri, jangan janji.

Kalau tak mampu nak cari, jangan nak lari.

Kalau tak ada data, cakap tak ada.

Kalau tak faham, cakap tak faham bukan buat-buat faham

Kalau tak mampu nak dengar masalah, jangan cari masalah 



Cakap benda yang benar kan senang.

Kalau tak mampu nak bagi penjelasan

Kalau perlu saya tukar status "puan" dan angkat penulisan ini sebagai "tesis" dan bukannya "assignment" 

sila beritahu saya.


Banyak kosa kata Bahasa Melayu anda boleh gunakan,


Kalau tak mampu nak guna dan rasa kurang ajar

boleh cakap bahasa lain, 


saya akan belajar bahasa itu untuk memahami apa sebenarnya di 

sebalik jabatan anda.



Bekerja di institusi agama bukan ukuran seorang yang mempunyai akhlak yang baik. dan bekerja dalam jabatan yang bukan institusi agama pula tidak melambangkan seseorang itu mempunyai nilai integriti yang tinggi atau tidak


Kesimpulan, bekerja di mana-mana sekalipun (dalam masjid/church/temple/etc), jangan jadi diri sendiri. Jadi manusia yang sebenar. Kalau selama ni malas, jgn jadi itu. Malas biar kat rumah, bukan kat tempat kerja.

Di tempat kerja, anda dibayar! Bukan percuma.






Terima kasih Puan Raudhah kerana memudahkan urusan saya.

Berurusan dengan puan, tak sampai setengah jam saya boleh dapat feedback.

Puan Raudhah juga tak untuk beri nombor fon dan membalas mesej saya di luar talian pejabat. 



Beliau tak rasa rugi manapun kalau tak guna fon office untuk update pada client. 



Bukan itu sahaja tapi puan telah membersihkan sepenuhnya nama "RAUDHAH" dalam hati saya yang selama ni menjadi PENYEMAK dalam hidup saya. 

Terima kasih menyucikan semula hati antagonis dalam diri ini.





Sunday 22 February 2015

2nd post 2015



Assalammu'alaikum


Sudah sekian lama

blog ini memakan usia

yang tak semena-mena

sudah berbulan-bulan lamanya

Kerana tuan tanah alpa

pada urusan lain dunia

sampai tak sudah

aku tak sedar

blogku di-hiject oleh si dia.


Hai!


Buka blog ni

cepat - cepat tengok post sebelum ni

apa agaknya, masih ingt atau tak

saat menulis entri terakhir bagi tahun 2014

Tengok punya tengok


Haip! Bila masa pulak!

Rupa-rupanya ada admin di sebalik udang

admin yang tak diundang :P

hehe. jangan marah admin

bukan tak diundang

tapi admin kehormat empunya ladang


Hey, tuan punya badan pergi mana tahun lepas

menghilang


Ya, bukan menghilang

tapi sesat dalam IPG

terkurung dalam HEP

Memegang Jep pi pi

jammed di tengah jalan ke bulatan Syed Putra

Sampai sudah blog cuma tempat transit


tengok orang blogwalking... blogwalking... blogwalking


Aku cuma blogrunning

bukan apa pun.

aku singgah juga ke sini


cuma,

tak sempat nak hapdet!

Takdak idea.


Bulan Ogos lepas,


Terima kasih admin <3