Wednesday 17 June 2015

Alhamdulillah Ya Allah


Hari ini genaplah minggu terakhir bercuti semester bagi pelajar IPG. 

Alhamdulillah setelah kejadian gempa bumi yang mengorbankan nyawa seramai 19 orang. Keadaan semakin pulih dan jiwa semakin tenang lebih-lebih lagi ketika berada di sisi keluarga tersayang di Kota Belud. 

Bagi penduduk Sabah khususnya bagi mereka yang menetap di kawasan Kundasang, Ranau, Kota Belud, Tambunan dan kawasan yang berdekatan dengan Gunung Kinabalu amat terkesan di hati apabila peristiwa gempa bumi yang berukuran 5.9 skala ritcher yang berpusat 16.0 km dari daerah Ranau.

Sejak kejadian itu, banyak kesan sampingan yang dialami oleh penduduk yang berdekatan. Pertamanya air sungai. Air sungai yang bersih kini menjadi air banjir bercampur lumpur sehingga mengakibatkan pusat air di Kota Belud tidak dapat menapis dan bekalan air terputus. Apapun ini adalah ketentuan yang maha Esa sebagai peringatan untuk kita semua bahawa Allah boleh memberi dan menarik nikmat rezeki pada bila-bila masa. 

Sungguh menyayat hati apabila nyawa diambil ketika hendak melihat salah satu kebesaran Allah S.W.T. Didoakan semoga roh mangsa gempa bumi Gunung Kinabalu selamat bersemadi di alam kubur.


MALAYSIA
  • 1. Lim Choon Seong, 45 (lelaki)
  • 2. Muhammad Loqman bin Abd Karim, 22 (lelaki)
  • 3. Mohd Khairuladzuan bin Abd, 39 (lelaki)
  • 4. Valerian Joannes   - kakitangan Mountain Torq, (lelaki)
  • 5. Ricky Masarin – kakitangan Mountain Torq, (lelaki)
  • 6. Joseph Solugin – malim gunung, (lelaki)
  • 7. Robbie Sapinggi, 30 (lelaki) - pelatih gunung- (mayat ditemui pada Jumaat)
SINGAPURA
  • 1. Rachel Ho Yann Shilin, 12, (perempuan)
  • 2. Sonia Jhala, 12, (perempuan)
  • 3. Emilie Giovanna Ramu, 12, (perempuan)
  • 4. Ameer Ryyan bin Mohd Aded, 12, (lelaki)
  • 5. Navdeep Singh Jayral s/o Raj Kumar, 13 (lelaki)
  • 6. Mohammad Ghazi b Mohamed, 35 (lelaki)
  • 7. Loo Jian Liang Terrence, 29 (lelaki)
  • 8. Muhammad Daanish b Amran, 22 (lelaki)
  • 9. Wee Ying Ping Peony, 12 (perempuan) – (mayat ditemui pada Jumaat)

FILIPINA
  • Karyl Mitzi Higuit Matahom, 12 (perempuan)


JEPUN
  • Ozaki Masahiro, 29, (lelaki)

CHINA
  • Lugi, 35 (lelaki)


Alhamdulillah Gempa Gunung Kinabalu hanya sekadar batu-batuan yang runtuh dan bukannya seperti gunung yang lain mengeluarkan api sehingga memusnahkan lebih banyak nyawa. 

No comments:

Post a Comment