Wednesday 17 June 2015

Jejak Filipina 3 Jun 2015

                     Pada 3 Jun 2015 yang lepas, saya bersama 4 orang rakan yang lain telah menjejaki negara Filipina bagi menyempurnakan sebahagian amanah yang telah diberikan kepada kami oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Negara Filipina yang namanya berasal dari Raja Philip II dari Sepanyol. Negara yang telah diteroka oleh penjelajah Sepanyol iaitu Ruy Lopez de Villalobos selama ekspedisi beliau di 1542 bernama pulau Leyte dan Samar Felipinas setelah kemudian Pangeran Asturias.

Perjalanan ke negara mantan pimpinan Jose Rizal ini mengambil masa selama 3 jam setengah dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Kami menaiki pesawat Air Asia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa 2, Kuala Lumpur jam 10.30 pagi dan tiba di Manila Domestic Passenger Terminal. Filipina secara umumnya mempunyai 4 buah terminal dan kapal terbang kami telah mendarat di Terminal 4. Namun penerbangan kami ditangguhkan selama hampir setengah jam. Mata wang rasmi Filipina pula ialah Peso.

Setibanya kami di Lapangan Terbang Manila Terminal 4 tepat jam 2.30 petang. Kami terus mencari teksi dan check-in ke hotel "Sunshine City suites". Perjalanan dari aisport ke kawasan Mandaluyong memakan masa hampir 45 minit namun disebabkan "heavy traffic jammed", perjalanan ke Mandaluyong memakan masa hampir 2 jam lebih.


Setibanya kami di hotel tersebut, perkara yang menarik minat saya ialah setiap bilik yang telah didaftarkan  akan dibekalkan 1 modem wifi dan kami tidak perlu meminta pasword lagi. Prasarana bilik yang begitu nyaman sehingga memperlihatkan hampir kesemua kawasan di Filipina.

Perkara pertama setelah selesai setting bilik, kami keluar untuk mencari makan. Sememangnya sukar untuk mencari makanan halal sungguhpun terdapat satu mall berdekatan hotel kami namun tidak terdapat satupun makanan halal di situ. Kami telah berbincang  dan memutuskan untuk memasak di hotel kami. Kami membeli "rice cooker", beras dan beberapa makanan segera seperti sardin, fish ball, salad dan lain-lain lagi. Sungguh tidak menyangka di pusat membeli belah itu juga terdapat makanan buatan Malaysia yang telah disahkan JAKIM akan kesahan halalnya.

Pada hari keduanya kami telah bergerak ke Manila. Kami sempat melawat Jose Rizal Park dan Ocean Park. Untuk balik ke hotel, kami menaiki teksi namun saya telah sempat singgah ke "National Bookstore" di Robinson berdekatan dengan hotel kami. Balik dari Robinson, saya, Hazim dan Nadiah telah menaiki Tricycle. Kami mengambil masa yang sungguh singkat ini untuk mencuba seberapa banyak kelainan yang tidak terdapat di Malaysia.

Pada hari ketiganya, kami telah bergerak ke Philippines National University yang merupakan hub untuk para bakal guru mendapatkan latihan. Sama seperti di Malaysia, PNU tidaklah jauh beza konsepnya dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Universiti Putra Sultan Idris. Perjanjian kami dengan pihak universiti ialah mesyuarat akan diadakan pada jam 9.00 pagi namun disebabkan kami telah mengalami sedikit permasalahan berkenaan kenderaan, kami telah tiba di PNU pada jam 11 pagi. Segala kesulitan amatlah dikesali kerana kami telah membawa nama Malaysia. Kami mengambil kesempatan untuk memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang telah bersama-sama membuat persediaan menunggu ketibaan kami.

Setelah perbincangan hampir 2 jam bersama pihak "mother of teacher training college" Philippines itu, kami telah dibawa melawat kawasan universiti. Saya amat tertarik dengan kemudahan yang terdapat di universiti itu terutama perpustakaan. Reka bentuk universiti itu sebenarnya adalah bangunan asal yang telah dibina oleh pihak America. Menurut pihak universiti, bangunan itu sebenarnya merupakan tinggalan penjajah dan pada era penjajahan, universiti itu hanya dapat diduduki oleh golongan bangsawan/kaya-kaya sahaja.

Setelah lawatan rasmi ke universiti itu, kami telah dibawa melawat ke Muzium Kebangsaan Filipina yang terletak tidak jauh dari PNU. Banyak khazanah dan tinggalan lampau dipamerkan di sana. Kawasannya yang luas namun isinya tidaklah padat seperti Muzium Negara Malaysia yang strukturnya kecil namun isinya begitu padat.

Pada hari itu juga, kami telah berkunjung ke Divisoria dengan menaiki jeep. Jeep ialah salah satu kenderaan tradisional di Filipina. Sungguh mengagumkan kerana menaiki jeep ini hanya dengan 7 peso bersamaan dengan RM. 0.50  sekepala.

Keesokan harinya adalah hari terakhir di Filipina. Kami bergerak keluar dari hotel jam 1.30 petang dan sempat singgah di Baclaran untuk "last-minute shopping". Saya sempat membeli 19 helai baju t-shirt baju yang saya sendiri tidak melihat saiz dan designnya. Kami kesuntukan masa untuk memilih kerana perlu mengejar penerbangan balik ke Malaysia pada jam 5.10 petang.

Kami tiba di KLIA 2 tepat jam 8.30 petang.


Kenangan ini sungguh menakjubkan kerana aku banyak belajar erti bersyukur setelah melawat negara Filipina yang sebenarnya tidak jauh dari negeri Sabah dengan menaiki feri.













No comments:

Post a Comment