Tuesday, 9 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan



Assalammualaikum w.b.t dan Salam Ramadhan buat semua pembaca dan pengunjung blog.


Lagi tinggal berapa minit lagi, kita akan memasuki bulan Ramadhan.


Jadi, tuan tanah nak share siket berkaitan bulan yg pernuh berkat dan bulan rahmat buat semua umat Allah.



Daripada jari jemari manisku ini....


Maka, tertulis la entri ini


.


.


.


.


Ramadan akan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!


Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah telah menjanjikan kita dengan sabdanya, “Solat yang lima. Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim), 

Hati dibersihkan dari dosa dan nafsu dapat dijinakkan. Asalnya nafsu berguna untuk mengurus diri dan alam keliling. Dengan nafsu manusia sukakan kebersihan, keindahan. makan minum. dan berkeluarga hingga berkembang biak memenuhi bumi. Namun, nafsu mudah menjadi liar hingga membahayakan diri dan alam. Betapa kecantikan terjebak kepada kelucahan. Urusan makan minum menjadi perebutan harta dan takhta. Kesihatan, kekuatan dan kemudaan sering disalahgunakan hingga tergadai usia muda kerana lupa kepada Allah. 

Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim lebih teliti dalam tindak tanduknya. Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia. Berpuasa pada perut ialah tidak makan, berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat. Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah. Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah. 

rakan-rakan seagama denganku:

Nabi bersabda, “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban). 

Menurut hadith ini, orang yang berpuasa perlu kuat bersabar apabila dalam situasi genting atau bertelingkah. Disebutnya, ‘Saya berpuasa’ beberapa kali untuk mengingatkan diri agar tidak merosakkan pahala puasa. Puasa begitu penting dijadikan latihan mengubah sikap hingga Rasulullah mengingatkan kita, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan sia-sia maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari). 

Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan. 


Pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah. Alangkah gembiranya jika Ramadhan itu sepanjang tahun. Dari Abi Mas’ud Al-Ghifari r.a, katanya,’Rasulullah SAW bersabda;’Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan,nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan.’ (Riwayat Ibnu Khuzaimah). 

Rakan-rakanku, in shaa Allah marilah kita bersama-sama menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan ini. Tak tahu kita sampai lagi kah ke bulan Ramadhan tahun hadapan. 

Saya tinggalkan anda semua dengan persoalan ini. 


Mungkinkah Ramadhan kali ini Ramadhan yg terakhir buat kita atau sebaliknya? 


Wallahu'alam bishawab 


Jom ke Masjid. 

Salam ;) 


Monday, 10 June 2013

mourn day

Assalammualaikum semua,

Hai! 


 Good morning beautiful world !


Jom doa hari Isnin jap



Entri kali ni agak meluahkan sedikit perasaan dan pandangan pada mereka yang suka menjadi hakim dalam hidup orang.

Hakim dari perkara lepas, hakim pada masa depan, hakim pada apa yang berlaku sekarang.

instead,

they don't know how the hardship life teach us that every single step you make is very expensive. Stop judging people unless come and try to live in their shoes.





Let them talk, I still rock!!!!! hahahahaha People should get a LIFE!


jyeahh!


Salam Syaaban :)

Salam dan Selamat Pagi !

Sihat?

Selongkar2 FB, tetiba nampak post dari sorang rakan.

Ni copy dari senior, Akmal Sekak PISMP sem 4/



Dah masuk bulan Syaaban.. tidak lama lagi nak tiba bulan 

Ramadhan... :)


Antara kelebihan bulan syaaban:


#Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. D



#Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.



#Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).



#Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.



#Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa. :)






30 hari lagi sebelum Ramadhan Insya Allah :-)

Wednesday, 5 June 2013

Qaleysya Qayla !



Hayp!

Our QQ tak ke sekolah mungkin atas sbb ini.

Apa harus kakaknya lakukan?

My fault.

:(

Tgk ni pagi2 da masuk dlm ni

Semua org kena ikut cakap dia :(









Ok, nak siap2 g lunch dgn kawan2 lama :) 

Later update!

Wanita | Girl :)



Di balik "Diam" nya wanita..
Tersimpan rasa Rindu yang mendalam..

Di balik "Cuek" nya wanita..
Tersimpan rasa Sayang yang sesungguhnya..

Di balik "Cemburu" nya wanita..
Tersimpan rasa Cinta yang sebenarnya..

Di balik "Marah" nya wanita..
Tersimpan rasa Kasih yang tak terbayangkan..









Jom like blog Aerin di facebook.

:)

Wednesday, 9 January 2013

EH! EH! Aku sudah rakaat ke 3 atau 4?

A reminder, kerana mungkin ramai yang terlupa dan tertidak tahu :)





Haaaa! macam tu lah kiranya kalau kita terlupa bilangan rakaat dalam solat. 

Ingat! bila dah tahu, jangan lupa klik butang share kat bawah ni k. 

:))

Monday, 7 January 2013

Proforma / Sukatan Pelajaran SJH 3101

hAAA! Sekarang dah naik ijazah kan. So tinggal lagi 3 tahun tolak tahun ni. haha!

Ni haa, syllabus untuk sem2 akan datang. Sekarang sem 1.









Semester 1 :

SJH3101 - Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia Sehingga 2010

SJH3102 - Pensejarahan Malaysia




Semester 2 :

SJH3103 - Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

SJH3104 - Sejarah Lisan dan Pendokumentasian




Semester 3 :

SJH3105 - Sejarah Sabah dan Sarawak

SJH3106 - Sejarah Indonesia Sehingga Tahun 1970




Semester 4 :

SJH3107 - Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Sejarah

SJH3108 - Pedagogi Pengajaran Sejarah




Semester 5 :

SJH3109 - Pentaksiran dan Pembelajaran Sejarah

SJH3110 - Penulisan Sejarah




Semester 6 :

SJH3111 - Sejarah Eropah sehingga Awal Abad ke 20

SJH3312 - Sejarah Islam sehingga Daulah Abbassiyah




Semester 7 :



SJH3313 - Penyelidikan Tindakan I (Kaedah Sejarah Sekolah Rendah)

SJH3314 - Sejarah Jepun




Semester 8 :

SJH3315 - Penyelidikan Tindakan II (Pelaksanaan dan Pelaporan)