Dia ke hulu ke hilir
tapi kita duduk dalam pejabat dan membuat kerja
Dari utara ke selatan
Kita baca online saja
Bila sampai ke kita
kita kata ini salah
kita kata ini tak sempurna
kita kata ini bukan yang kita pinta
kita tanya pula ini dapat dari mana.
Dia meneroka
Dia menelaah
Kita tak tahu yang mana
betul atau salah
Dia dapat markah rendah.
Hanya kerana kita tak membaca
Pesan arwah datuk kepadaku dulu,
Kakak, bila jadi cikgu nanti selidik kerja murid. Kakak mungkin tak baca apa yang dia jumpa tapi murid kerjanya menyiapkan kerja rumah sahaja. Mereka banyak masa untuk teroka. Mereka juga jumpa banyak benda. Benda paling luas milik Allah dalam dunia ini salah satunya ialah ilmu. Tidak terhad, cuma pada kita sahaja beri masa atau tidak.
Aku TAKUT aku alpa. Aku takut pada masa. Kalau ini terus berlaku, mungkin aku salah seorang yang bagi markah rendah pada mereka yang tak bersalah hanya kerana aku tidak membaca.
Padahal mereka yang banyak buat kerja atas arahan yang aku minta.
No comments:
Post a Comment