Sunday, 28 June 2015

Merungkai Sejarah kegemilangan Islam zaman Eropah




Hai. Semester ini saya dan rakan-rakan guru pelatih yang mengambil jurusan Sejarah semester  enam akan belajar 2 buah Sejarah iaitu Sejarah Eropah dan Sejarah Islam. 



Untuk Sejarah Eropah, assignment kali ini agak mencabar diri bagi saya kerana kami seolah-olah perlu menulis satu penulisan Sejarah hasil pembacaan dan penganalisaan yang telah kami buat berdasarkan sumber-sumber yang telah kami rujuki.


Saya memandang tugasan ini sebagai satu cabaran buat diri saya dan telah memutuskan untuk memilih tajuk Perang Salib.


Antara permasalahan kajian saya ialah saya ingin mengetahui sejauh manakah faktor agama menjadi pencetus kepada perang ini dan apakah pula kesan peningkatan intelektual zaman Eropah.


Alhamdulillah setakat ini saya masih tidak mempunyai masalah dalam mencapai buku rujukan kerana tajuk ini begitu popular dalam kalangan penulis-penulis Sejarah terdahulu dan kini.


Maka, tidaklah sukar untuk saya mengupas isu ini. 


Moga rakan yang lain begitu juga dan kita semua dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.



Mohon do'a kalian semua =.=


Salam ;)

No comments:

Post a Comment